Patuh Shariah

Patuh Shariah

Meningkatkan Nilai dan Kualiti menurut Prinsip Shariah.

I Synergy Group Limited secara rasminya adalah sebuah syarikat yang mematuhi Shariah pada tanggal 12 Januari 2018. iSYNERGY telah memperoleh pensijilan MS 1900:2014 SHARIAH-BASED QUALITY MANAGEMENT SYSTEM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, badan pensijilan, pemeriksaan dan penguji terkemuka di bawah SIRIM Berhad.

Pensijilan ini secara rasminya mengesahkan iSYNERGY telah mematuhi syarat dan keperluan Shariah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Oleh itu, segala aktiviti utama syarikat di Malaysia, khususnya perkhidmatan dan latihan untuk para affiliate dalam program agensi Affiliate Junction serta operasi, ganjaran dan insentif program affiliate retail adalah bersesuaian dengan peraturan tadbir urus Shariah.

Menjadi sebuah organisasi yang mematuhi Shariah merupakan satu pencapaian yang penting bagi kami kerana ia memastikan platform pemasaran afiiliate mengekalkan standard operasi dan produk yang tinggi serta terus memberikan nilai, kualiti dan kecemerlangan yang tinggi kepada semua pihak.

Objektif

  • Untuk mematuhi piawaian Shariah di dalam setiap operasi perniagaan.
  • Menjadi perintis dan mematuhi peraturan Shariah dalam operasi platform pemasaran affiliate.
  • Integrasi prinsip Shariah dalam urusan perniagaan oleh pakar Shariah dan pengamal industri.
  • Kelengkapan dan pembangunan usahawan affiliate yang baik dalam platform pemasaran affiliate.
  • Memenuhi keperluan pasaran berpandukan prinsip dan garis panduan Shariah.
  • Memperkukuhkan sumber pengetahuan dalam perspektif Islam.
  • Memupuk keharmonian dan saling menghormati dalam amalan Islam.
  • Membuka ruang untuk pembangunan amalan Shariah.
Penasihat Shariah
Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid
Maklumat Lanjut

Nilai-nilai Teras
Shariah Kami

Siddiq (Kebenaran)

Jujur kepada diri sendiri, Tuhan dan sesama manusia. Untuk sentiasa berintegriti, serta berada di landasan yang benar mengikut Islam.

Amanah (Amanah)

Untuk menegakkan prinsip-prinsip Islam dan berkelakuan moral selaras dengan ciri-ciri seperti kejujuran, kesopanan dan saling hormat-menghormati.

Tabligh (Menyampaikan)

Untuk menyampaikan kebenaran dan bertindak selaras dengan fakta yang sah tanpa agenda tersembunyi.

Fatana (Kebijaksanaan)

Bertindak dengan kepercayaan dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dengan cara pintar dan ringkas.

Nilai-nilai Teras Shariah Kami

Polisi
Kualiti

Nilai
Korporat

Polisi Kualiti

Proses yang kami jalankan adalah untuk memberikan komitmen terhadap budaya yang berkualiti tinggi adalah berdasarkan:
  • Amalan Shariah
  • Memupuk nilai-nilai Islam
  • Memupuk semangat kepimpinan
  • Profesionalisme
  • Kerja berpasukan

Nilai
Korporat

  • Nilai-nilai Peribadi: Komitmen dan Keadilan
  • Nilai-nilai Organisasi: Kerja Berpasukan dan Amanah
  • Nilai-nilai Kerja: Disiplin dan Ketepatan Waktu

Panduan Shariah

Berikut adalah beberapa sumber sahih yang kami rujuk sebagai garis panduan dalam memastikan kami memenuhi kriteria pematuhan Shariah:

SIRIM/The Department of Standards Malaysia

Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) merupakan Badan Standard Kebangsaan dan Badan Akreditasi Kebangsaan. STANDARD MALAYSIA telah melantik SIRIM Berhad sebagai agen untuk membangun dan mengedar Piawaian Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, ia adalah badan berkanun dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan, yang melaporkan kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen setiap tahun.

JAKIM

JAKIM merupakan badan kerajaan berkuasa di Malaysia yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan hal ehwal Islam negara.

Soalan Lazim

1: Apa itu pematuhan Shariah?

Pematuhan Shariah bermaksud memastikan organisasi tersebut ditadbir urus dengan berkesan mengikut nilai-nilai murni yang diterima secara universal seperti disiplin, kejujuran, keadilan, keikhlasan, ketepatan masa dan kebenaran. Aspek halal dan bukan halal dalam semua proses yang penting untuk penyampaian perkhidmatan dan produk juga mesti dikenal pasti dan disampaikan kepada semua pekerja serta dilaksanakan dengan berkesan.

2: Apakah manfaat yang diperolehi oleh syarikat itu apabila menjadi syarikat yang mematuhi Shariah?
  • Memastikan sifat nilai-nilai murni seperti keadilan, kejujuran, kebenaran, keikhlasan, ketepatan masa dan disiplin diamalkan dalam pengurusan kualiti perniagaan anda.
  • Memberi lebih penekanan yang lebih besar kepada standard etika dalam proses perniagaan.
  • Mendapatkan jaminan bahawa proses dan amalan organisasi anda selaras dengan prinsip Shariah.
3: Bagaimanakah pematuhan Shariah ini akan memberi kesan kepada aktiviti perniagaan harian sebagai seorang affiliate atau pengiklan dengan Affiliate Junction?

Perniagaan anda akan beroperasi seperti biasa. Lebih baik lagi, affiliate kini diberi pilihan samada untuk mempromosikan dan mendapat komisen daripada pengiklan yang mematuhi Shariah sahaja.

4: Sekiranya saya seorang affiliate beragama Islam, adakah pendapatan saya dari Affiliate Junction akan menjadi 100% Halal?

SIRIM QAS International, badan pensijilan dan pakar teknikal Shariah, telah pun menjalankan audit terhadap setiap proses bisnes dalam program agensi Affiliate Junction dan program affiliate runcit, MyKad Smart Shopper, termasuk mekanisme ‘Sistem Penapisan Halal’ bagi memastikan kami patuh Shariah. Hasilnya, I Synergy Group Limited kini telah disahkan sebagai syarikat patuh Shariah bagi skop yang disebutkan di atas. Oleh itu, yakin dan percaya bahawa semua pendapatan anda daripada program agensi Affiliate Junction dan MyKad Smart Shopper adalah 100% Halal.

5: Bolehkah affiliate/pemilik perniagaan yang bukan beragama Islam menyertai Affiliate Junction?

Ya, sudah tentu boleh. Tiada sekatan yang dikenakan kepada mereka yang bukan beragama Islam.

6: Bilakah iSYNERGY menjadi sebuah syarikat yang patuh Shariah

iSYNERGY secara rasminya menerima sijil pematuhan Shariah pada 12 Januari 2018.

7: Apakah sijil yang diterima oleh iSYNERGY yang mengesahkan pematuhan Shariahnya?

Sijil yang diterima oleh iSYNERGY ialah SIRIM QAS MS 1900:2014 Shariah-based Quality Management System.

8: Kenapa SIRIM QAS Internasional?

SIRIM merupakan badan pertama di dunia yang menawarkan pensijilan MS 1900. Perkhidmatan pensijilan tersebut adalah dengan pemantauan Badan Penasihat Shariah yang ditubuhkan terdiri daripada ulama-ulama agama terkemuka yang memastikan kredibiliti. Juruaudit mereka yang berpengalaman dan profesional adalah kompeten dalam pelbagai sektor.

9: Proses apa yang harus dilakukan oleh iSYNERGY untuk mencapai pensijilan MS 1900: 2014?
  1. Penyerahan Soal Selidik
  2. Penyerahan Permohonan
  3. Audit Tahap 1
  4. Audit Tahap 2
  5. Cadangan & Kelulusan
  6. Pengeluaran Sijil
  7. Audit Pengawasan/Pensijilan Semula
10: Bagaimanakah syarikat boleh mengekalkan pematuhan Shariah dalam sistem?

iSYNERGY mesti memastikan bahawa mereka terus meningkatkan operasi dan nilai perniagaan mereka mengikut prinsip Shariah, yang akan ditentukan oleh SIRIM QAS melalui audit Shariah tahunan (atau apabila ia diperlukan).

11: Bagaimanakah saya dapat mendapatkan maklumat lanjut tentang status pematuhan shariah iSYNERGY?

Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di +603 2242 1333 atau email kami di shariah@www.i-synergygroup.com

  • Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid

    Penasihat Shariah

    Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab . Majid dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1945. Persekolahan beliau bermula pada tahun 1950 di bawah bimbingan ayah beliau sendiri di Madrasah Majidiyah, Kg. Kayu Redang , Melor, Kota Bharu, Kelantan. Di peringkat menengah beliau belajar di Mahaad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Pengajian tingginya juga bermula di negeri itu, iaitu di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan yang kemudiannya diserapkan sebagai Akademi Islam Universiti Malaya.

    Beliau memperoleh pelbagai ijazah berkaitan Shariah dari dalam dan luar negara, seperti Ijazah Sarjana Muda Shariah dari Universiti Al-Azhar dan Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara dari University of Kent di England. Tambahan lagi, beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam Shariah dari Universiti Malaya. Dalam bidang akademik, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Shariah Universiti Malaya selama 5 tahun. Kemudiannya beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

    Beliau menjadi Profesor di bidang Shariah di Universiti Malaya sejak tahun 1995 dan berpindah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh pada tahun 2008 sehingga Julai 2016. Dalam tempoh tersebut, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Dekan, Dekan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dan Dekan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS). Pada tahun 2011 beliau telah dianugerahkan oleh Universiti Malaya kedudukan sebagai Profesor Emeritus.

    Di bidang kewangan Islam, beliau sekarang adalah seorang ahli Lembaga Pengarah bukan Eksekutif Public Islamic Bank Berhad (PIBB) merangkap pengerusi Jawatankuasa Shariah PIBB. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Shariah AIA Public Takaful serta Pengerusi Jawatankuasa Shariah bagi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Securities. Selain itu, beliau merupakan ahli jawatankuasa Shariah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Mutual Berhad (AMB), dan as-Salihin Trustee Berhad. Selain ini beliau pernah menjadi ahli kepada The Council of Scholar for International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia selama enam tahun.

    Dalam bidang-bidang yang lain, beliau adalah Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Timbalan Pengerusi Lembaga Pendidikan Islam Malaysia (LEPAI), Ahli Lembaga Universiti Islam Malaysia (UIM), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM), Ahli Lembaga Penasihat Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Ahli Majlis Perunding Islam Malaysia (MPI), dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah bagi Pensijilan MS 1900: 2005 SIRIM.

    Antara Khidmat beliau yang pernah diberikan sebelum ini ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan (1990- 2012), Panel Hakim Mahkamah Rayuan Shariah Negeri Kelantan (1990-2012), Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (2006-2012), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) (2004-2013), Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (2010-2016) dan Pengerusi Majlis Dekan Pengajian Islam Malaysia (2012-2014). Sehingga ke hari ini, beliau telah menghasilkan sebanyak 34 buah buku dan menyumbang 26 artikel.